DRAMA MUSIKAL MELAYU MENCENCANG AIR MENYATUKAN NEGERI SERUMPUN

PostJakarta
0
Prof. Emeritus Dato Dr. Wan Hashim 

Tidak terfikir oleh saya sebelum ini akan ada sebuah manuskrip teater yang merangkumi kisah atau peristiwa yang berlaku di empat buah negara serantau. Lebih menarik lagi apabila hendak dipentaskan, Pengarahnya Asrizal Nur (Indonesia) dan Mohd. Diani Kasian Kancil (Malaysia), hendakkan pelakun-pelakunnya datang dari empat buah negara-negara yang berkaitan yaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Tentunya skrip dan pementasan Mencencang Air yang sedang di rancang untuk pementasan ini adalah sesuatu yang unik lagi istimewa. Dan betapa banyaknya pelakun dari empat buah negara yang akan terlibat dalam pementasan ini.

Mencencang Air berdasarkan kepada sebuah pepatah Melayu lama “Air dicincang tidak akan putus” yang bermaksud, “‘apabila terdapat usah-usaha jahat untuk memisahkan ahli-ahli keluarga yang bersaudara, pastinya ia tidak akan berjaya”. Atau jika herlaku sebarang sengketa sesama ahli sekeluarga, hanya sekadar masalah sementara saja. Dua atau lebih saudara marah , ini pastinya akan berbaik semula.

Satu lagi pepatah Melayu yang paling dekat dengan ‘Mencencang Air’ ialah ‘Biduk lalu kiambang bertaut’, yang berkaitan dengan sengketa yang dicetuskan oleh pihak ketiga. Lambat laun apabila pihak ketiga ini sudah tiada, dua bersaudara yang bersengketa ini akan kembali berbaik semula dan bersatu.

Penulis skrip teater tradisional ini Sdr. Asrizal Nur yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat seni pementasan di Indonesia menggunakan nama-nama lama seperti Kerajaan Indrapura, Malaya, Borneo, dan Temasik. Beliau secara simbolis dan menerusi naratif ceritanya cuba menyampaikan pesan dalam,  bahwa akan ada unsur atau kuasa luar yang senantiasa berusaha mewujudkan sengketa dan ketegangan hubungan diantara empat buah negara yang bersaudara serumpun itu. Kuasa luar ini akan mencipta fitnah atau cerita rekaan akjbat perasaan dendam dan irihati. Ini memang pernah berlaku dalam sejarah perkembangan berKerajaan di Alam Melayu-Nusantara saperti jatuhnya Empire Melaka pada tahun 1511, sebahagiannya disebabkan sengketa dalam dalam kalangan Orang orang Besar pucuk pimpinannya.

Namun begitu, kebenaran akan mengatasi segalanya termasuk perbuatan fitnah yang cuba membawa kerosakan. Saya percaya ini adalah sebuah karya besar diperingkat Dunia Melayu-Indonesia yang amat dialu-alukan kehadirannya. Setinggi Tahniah kepada Penulisnya sekaligus sebagai Pengarahnya Sdr Asrizal Nur diatas kejayaan beliau mencipta sebuah karya yang unik lagi istimewa ini.

(Prof. Emeritus Dato Dr. Wan Hashim Wan Teh (mantan Timbalan Naib canselor/ timbalan rektor  di UKM dan mantan Ahli Parlemen MPR Malaysia)

Posting Komentar

0Komentar

Posting Komentar (0)